Sunday, September 30, 2012

Dam Haji

Dam Haji
RUKUN ISLAM KELIMA: MENUNAIKAN HAJI
Kitab Zadul Mutaallim (Bekalan Pelajar)
Ibnu Aqil.
suntingan jawi ke roman oleh: Mohamad Hakim bin Tastik
BAHAGIAN-BAHAGIAN DAM
1. Dam kerana meninggalkan salah satu daripada wajib haji:
Maka damnya seekor kambing, dan jika tidak upaya maka puasa 10 hari; 3 hari dalam bulan haji dan 7 hari manakala balik ia kenegerinya. Maka jika hendak bermukim ia di Mekah maka berpuasalah ia di Mekah.
2. Dam kerana menggugur bulu atau rambut atau kerana memakai bau-bauan atau minyak:
Maka wajib seekor kambing, atau puasa 3 hari, atau bersedeqah 3 gantang makanan kepada 6 fakir.
3. Dam kerana tertahan oleh musuh tidak dapat menyempurnakan rukun-rukun haji:
Maka wajib seekor kambing di tempat tertahan itu dan bercukur selepas daripada menyembelihkan Dam.
4. Dam kerana membunuh binatang perburuan darat:
Maka wajib ia Dam mengikut Tafsil;
4.1. Jika Binatang yang dibunuh itu ada bandingannya maka di bayar Dam dengan bandingannya itu atau di nilaikan harganya kemudian di beli makanan di sedeqahkan kepada fakir dan miskin di Tanah Haram, atau puasa ia sehari bagi tiap-tiap secupak daripada harga binatang itu.
5. Dam kerana Wat’ie atau Jimak dilakukan oleh orang yang berakal serta ketahui akan haramnya:
Maka wajib Dam seekor unta, jika tidak seekor lembu, jika tidak maka tujuh kambing.
Maka jika tidak ada semuanya dinilaikan harga unta itu dengan harga unta di negeri Mekah pada ketika wajib Dam itu. Maka dibeli dengan harganya itu akan makanan dan di sedeqahkan kepada fakir dan miskin di Tanah Haram Mekah. Maka jika tidak dapat harganya maka berpuasa sehari bagi tiap-tiap secupak.
Adapun Dam melainkan daripada Dam Akhsar (tertahan atau terkepung):
Maka wajib dilakukan di Tanah Haram, dan sekurang-kurangnya hendak di beri kepada 3 orang fakir dan miskin.

No comments:

Post a Comment

.::BY JUMBHO-MY AT HOME IN THE JEPARA CITY OF BEAUTIFUL::.