Sunday, June 12, 2011

Sholat sunnah Rawatib


Sholat sunnah Rawatib adalah sholat sunnah yang mengikuti sholat fardhu, baik yang dilakukan sebelum sholat fardhu maupun sesudahnya.

Solat sunat rawatib dianjurkan kepada kita melakukannya sebagai memenuhi tuntutan sunnah Rasulullah. Malah solat sunat seumpamanya adalah berguna untuk menampung kekurangan yang ada dalam solat fardhu. Ada pada 5 tempat atau 10 rakaat solat sunat rawatib yang termasuk dalam solat sunat muakkad yakni sangat dituntut untuk dilakukan. Ia adalah solat sunat 2 rakaat subuh (sebelum subuh), 2 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas zohor, 2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat selepas isyak.

Solat sunat Subuh atau dinamakan juga solat sunat fajar adalah solat sunat rawatib yang paling utama berbanding solat sunat rawatib yang lainnya. Adapun Rasulullah ada menyatakan keutamaan bersembahyang solat sunat subuh ini sepertimana dalam maksud hadisnya:

“2 rakaat solat sunat subuh itu lebih berharga daripada dunia dan seisinya.”

“Solat sunat subuh 2 rakaat itu mendapat pahala yang besar.”

Solat sunat ini dilakukan dalam waktu subuh sebelum solat fardhu subuh dengan diniatkan solat sunat subuh atau solat sunat sebelum subuh. Yang dianjurkan Nabi s.a.w. rakaat pertama selepas fatihah membaca Al-Kafirun dan rakaat kedua selepas fatihah, membaca Al-Ikhlas.

Namun boleh juga selepas fatihah, membaca selain daripada kedua-dua surah itu. Seperti yang dimaklumi oleh Imam Ghazali dalam kitabnya agar membaca surah Al-Insyirah dan Al-Fiil. Sesetengah ulamak membolehkan membaca kesemua surah tersebut dalam satu sembahyang sunat. Namun, boleh juga diselang-selikan. Sebagai contoh, satu hari dengan Al-Kafirun dan Al-Ikhlas, dan hari lain dengan Al-Insyirah dan Al-Fiil.

Solat sunat rawatib ini boleh sahaja dilakukan samada berdiri atau duduk. Kerana ada kelonggaran bagi solat selain solat fardhu untuk mendirikannya secara duduk. Namun tidaklah sama pahalanya dengan orang yang solat secara berdiri. Rasulullah menjelaskan, “pahala bagi orang yang solat duduk itu separuh daripada orang yang solat berdiri”.

Adalah makruh mendirikan solat sunat rawatib ini jika muazzin (bilal) sudah qamat atau bersedia untuk qamat. Haram mendirikannya, jika kita sudah kesempitan waktu untuk melakukan solat fardhu sekira-kira tidak mendapat satu rakaat dalam waktu. Dan menyalahi yang utama (khilaful aula) mendirikan solat sunat rawatib bagi orang yang ada tanggungan hutang solat fardhu. Lebih utama bagi orang tersebut mengqadha solatnya.

Sholat sunnah rawatib ada 2 :
Sholat sunnah rawatib muakkad ( = sholat sunnah yang sangat dianjurkan dan tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad saw ).
Sholat sunnah rawatib ghairu muakkad ( = sholat sunnah yang dianjurkan tanpa penekanan yang kuat ).

Yang termasuk sunnah muakkad :
Dua rakaat sebelum Sholat Subuh
Dua rakaat sebelum sholat Dhuhur
Dua rakaat sesudah sholat Dhuhur
Dua rakaat sesudah sholat Maghrib
Dua rakaat sesudah sholat ‘Isya.

Yang termasuk sunnah ghairu muakkad :
Tambahan dua rakaat sebelum sholat Dhuhur
Tambahan dua rakaat sesudah sholat Dhuhur
Dua rakaat sebelum sholat Ashar.
Dua rakaat sebelum sholat Maghrib
Dua rakaat sebelum sholat ‘Isya.

Ditulis dalam Sholat | Kaitkata: rowatib ghairu muakad, rowatib muakad, sholat sunah rowatib, Sholat Sunnah Rawatib, sholat sunnah rawatib ghairu muakkad, sholat sunnah rawatib muakad, yang termasuh sunnah rawatib muakad, yang termasuk rawatib ghairu muakad, yang termasuk sunnah ghairu muakad, yang termasuk sunnah muakad.

Kebiasaannya, jemaah yang akan berubah tempat untuk menunaikan solat sunat Rawatib, walaupun jarak satu tapak dari tempat asal. Solat sunat Rawatib ini didirikan dalam dua rakaat dengan satu salam. Sekiranya jemaah mengerjakan solat sunat Rawatib 4 rakaat, maka solat itu didirikan dengan 2 kali salam.

Niat

Rawatib Sebelum Subuh :

"Sahaja aku solat sunat Sebelum Subuh dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Rawatib Muakkad Qabliyyah Sebelum Zuhur atau Solat Jumaat :

"Sahaja aku solat sunat sebelum Zohor , dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Zuhur atau Solat Jumaat :

"Sahaja aku Solat Sunat Selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Asar :

"Sahaja aku solat sunat Asar dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Maghrib :

" Sahaja aku solat sunat Maghrib dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Isyak :

" Sahaja aku solat sunat sebelum Isyak dua rakaat kerana Allah Ta'ala "

Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Isyak :

"Sahaja aku solat sunat selepas Isyak dua rakaat kerana Allah Ta'ala "

No comments:

Post a Comment

.::BY JUMBHO-MY AT HOME IN THE JEPARA CITY OF BEAUTIFUL::.